WARNING!

sebelum korang baca blog ni... biar ak explain satu hal.. klau nk baca cite ni.. sila baca dari awal dan terus klik dkt tepi kanan BLOG ARCHIVE ye,,,n bermula dari bawah sekali,,,

Wednesday, 7 December 2011

hari penentuan

hari ini aku memberanikan diri aku tegur Asyraf. aku takut dia marah akulah. kali ini aku terpaksa biarlah dia nak marah pun dan bila aku nampak dia letak beg aku cepat-2 aku tegur dia "Asyraf, aku nak tanya satu hal boleh?" . dia tak jawab dan terus pergi tanpa memandang aku . adakah setakat ini saja perbualan aku ngan Asyraf sbenarnya tidak. Asyraf letak sepucuk surat di laci meja aku. mula-2 nya aku tak tahu siapa yang kasi tapi yang pasti seorang yang aku kenal. .....

Dear Ilyana,

maaf atas kejadian semalam. sebenarnya aku tak tahu dan tak berniat nak buat macam itu. aku sudah bagitahu mereka yang aku tak marah kat kau dah tapi mereka berdegil nak jugak gaduh. sebenarnya aku tak tahu pula yang kau ni manis mulut. bhahahaha.. aku memang garang tapi hati baik. apa-apa pun nanti kita borak dekat subway seberang sekolah nanti biar aku yang bayar.

dari musuh ketat mu, Asyraf


aku agak terkejut pabila aku baca surat itu dan pabila aku memandang Asyraf dia mula tersenyum. hah? apa adakah ini serius dia betul-betul suka kat aku. tiba-tiba aku rasa macam nafas aku berhenti sebentar bila saiful merampas kertas di tangan aku dan terus membacanya. Aku rasa Asyraf nampak apa yang Saiful buat mesti dia marah. "awak ada hubungan sulit dengan Asyraf ke?" tanya saiful dan aku betul-betul terkedu dan aku tahu sekejap lagi mesti cerita ini akan jadi gosip terbesar di kelas aku atau pun seluruh sekolah ini. aku tahu mesti saiful jeles sbb selama ini saiful memang meminati aku tapi aku tak mempedulikan dia. saiful terus pergi ke arah Asyraf dan bertanya " kau ada hubungan sulit dengan Ilyana ehh? baca ini." dia tunjuk surat yang baru saiful Asyraf tulis itu dan dia sendiri tidak tahu mahu kata apa. aku mesti cari idea sblum semua ini menjadi lagi rumit. "saiful, awak ni memandai saja lah. dia sebenarnya minta maaf kat saya. kan sudah tertulis di atas surat itu." aku menjawab soalan yang saiful asyik tanya. "apa lah kau ni kecoh je lah. tu pun kau nak bising kan. aku tahulah  kau jeles pun sapa suruh kau tak ambil tindakan dulu." jawab Asyraf pula. " lepas itu kenapa sampai ada jumpa sana jumpa sini hah? cakap saja lah yang awak berdua ini dating." jawab saiful dan suaranya semakin kuat. aku tahu aku sudah tarik perhatian semua orang di kelas aku. "Saiful, sbenarnya Asyraf ajak saya g subway sbb nk tebus kesalahan dia saja. itu saja  boleh tak awak jangan besar-besarkan perkara remeh." aku membalas. " kau ni menyibuklah . suka hati aku lah nak ajak dia pergi mana pun. kau bukan bapak dia pun" jawab Asyraf dengan kasar . aku tahu mesti Asyraf bengang gila dengan Saiful. "kau tahu apa hah?" . " korang jangan lah bergaduh!" aku menjerit tapi mereka tak mempedulikan aku . aku tahu seluruh kelas aku sudah tertumpu ke arah kami dan yang paling aku malu mereka bertengkar pasal aku tapi di sudut hati aku terasa bangga bila ada lelaki menyukai aku sampai berebut-rebut. . bhahaha.. "aku tahulah kau jeles pun sapa suruh kau tak ambil tindakan dulu. biar padan lah muka." Asyraf menolak saiful dan keadaan semakin ketat. "asal tolak-tolak hah? kau ingat tak sakit ke?" saiful ingin menolak Asyraf tapi saiful pulak yang tersebam ke lantai kerana Asyraf ke tepi. "sudah-sudah lah tu.korang macam budak-budak. nanti cikgu datanglah. yang saiful pun satu kenapa lah awak nak kecoh pasal hal kecil ni" aku menjerit sekali lagi. aku ingat kan keadaan semakin reda tapi semakin teruk pabila saiful ingin menumbuk asyraf tapi aysraf mengelak. " harap muka saja hansem tapi otak kecik. kalau kau nak lawan ngan orang yang belajar tekwando dua tahun kau kena mahir dulu" cakap asyraf dengan bangganya tapi saiful tetap tak ingin mengaku kalah. dia mengambil batu besar di atas lantai dan baling kearah asyraf tapi asyraf mengelak dan terkena kepala aku. kepala aku berlumuran darah dan aku ini pantang tengok darah aku terus jatuh dan aku pengsan. sebelum aku pengsan aku terdengar asyraf cakap "Aleen pergi panggil cikgu displin biar saiful kena balasannya" dan aleen keluar untuk mencari cikgu displin dan aku terus pengsan tak sedar diri tapi aku tahu saiful tak bermaksud nak buat begitu rasanya lah.

sini lah kalau berani ,, ^^

aku terpaksa pergi ke belakang sekolah klau aku tak pergi kemungkinan masalah ini semakin besar dan tiba-tiba aku disampuk oleh perasaan berani. Macam-macam betullah. aku tidak mahu melibatkan hal ini dengan Aleen tapi dia sengaja ingin ikut aku sebab katanya nak protect aku padahal dia memang nak gaduh sekali. Bila aku sampai di belakang sekolah sekumpulan lelaki yang kacak-kacak dan aku agak terkejut pabila aku nampak beberapa orang lelaki hisap rokok di dalam kawasan sekolah. Berani betul jantan itu dan aku tak perasan pun Asyraf maybe dia datang lewat kott. Faiz datang ke arah ku dan mula bertutur kasar “ wei, kau ke sini. Hari ini kau jadi lauk tengah hari aku” sebenarnya aku tak faham apa maksudnya lauk itu tapi yang pasti ia perkara yang teruk. “apa maksud kau, hah?’’ menyampuk si Aleen itu. Aku tahu Aleen ini memang berani dan yg mostly aku suka pasal Aleen apa yang dia buat mesti berhasil. “kau sapa nak menyibuk hal kami hah? Kau pun nk jadi lauk kami ke?” jawab kawan Faiz, Azie dgn mengangkat kening. Tiba-tiba Faiz datang betul-betul dekat dengan aku dan semakin dekat dan semakin dekat. Sekarang ini aku tahu apa maksud ‘lauk’ itu. Aku baru teringat yang aku ada belanja step protecting myself hahaha. Waktu begini lah baru aku ingat. Aku kick dia punya tuuttt dan dia menjerit aku kasi dia makan siku aku dan aku tumbuk dia. Faiz jatuh dan menjerit kearah geng dia supaya berundur tapi yang aku ingat dia cakap ‘kau kenalah nanti.’ Ingatkan dah habis cerita tapi masih belum lagi. “tak sangka Aleen ada kawan yang pandai tekwado. Sah diaorang takkan datang belasah awak lagi” cakap Aleen. Apa-apa pun aku terasa bangga bila dia bercakap begitu tapi aku terimbas kembali tadi. Kalau aku tak attack tadi entah-entah aku kena makan dengan Faiz. Tiba-tiba Asyraf timbul difikiran aku dan banyak soalan timbul. “adakah Asyraf still marah dekat aku” atau “Asyraf yang plan semua ini untuk balas dendam” banyak soalan yang berada di minda aku sekarang. Aku hanya tunggu esok untuk bertanya dengan Asyraf. Aku terpaksa berhadapan dengan Asyraf.

takut lah --'

Bunyi loceng sekolah berbunyi itu bermaksud sudah waktu untuk pulang dan perasaan aku menang tidak tenang ingin saja aku lari tinggalkan masalah ini tapi aku tak mampu membuat semua itu. aku hanya mampu berdoa saja. semasa aku berjalan keluar dengan Aleen "kamu jangan takut lah saya kan ada" kata aleen tapi aku still nervous. "woi, korang pegi belakang sekolah faiz tunggu korang klau korang tak datang teruk besok korang dikerja" cakap Afif. hah? takut nya,,, bersabar saja la

Tuesday, 6 December 2011

dia marah!

keesokan harinya aku buat2 sakit,, tapi tak menjadi dan aku cuba melambatkan masa tapi tetap jugak aku sampai disekolah. aku rasa kecut perut bila nampak asyraf dengan geng dia perhatikan aku macam nk makan aku. nasib aku baik bila cikgu displin lintas depan aku dan aku berpura-pura cakap dengan cikgu. selamat juga aku masuk kelas dan perkara yang paling bodoh yg aku lupa adalah ASYRAF DUDUK DISEBELAH KU. aah! takut nya. aku letak beg dan lari ke arah kawan baikku Aleen. aku cerita lah masalah aku dan pasal dia asyraf suka kat aku tak sempat aku cakap sampai habis kawan asyraf Faiz tarik aku dah menolak aku ke dinding " kau memang berani menetang asyraf...." sebelum dia habis cakap ustaz hassan masuk kelas dan menjerit "asstarfirullahalazim,, apa yang korang buat ni hah? Faiz? Ilyana?" . cepat2 aku menjawab " ustaz, faiz yg mula dulu la.. dia yang tolak saya dan kasi amaran kat saya.. supaya saya gerun" aku dengan bangga  cakap begitu tapi faiz dgn mata tajamnya memandang ku dan aku tahu dia betul2 marahkan ku. ustaz suruh kami berbaik tapi aku tahu mesti diorang nak balas dendam dan aku memandang asyraf tapi asyraf tak memandang aku langsung. aku tahu dia masih marahkan aku. semasa aku duduk disebelahnya aku letak patung teddy bear itu kepada asyraf dgn sepucuk surat. aku tulis


kepada asyraf yg aku musuhi,


 aku ingin meminta maaf keatas hal yang pernah berlaku sebelum ini. aku tak sedar selama ini kau menyukai ku. aku belum tahu lagi ingin kata apa. tapi yang pasti maaf kan aku pasal semalam tau. aku ketakutan dari semalam bila kau cakap ingin makan ku. aku hanya ingin balas dendam atas apa yang kau selalu buatkan aku. ^^


dari musuh mu ILYANA 























aku tak tahu lah dia baca atau tidak tapi  aku rasa dia baca kott.. tiba aku nampak dia koyak surat yang aku bagi tadi didepan aku dan teddy bear tu dah tak ada kepala. arghhh! kecewa betul aku. aku langsung tak pandang asyraf. aku betul2 marah kat dia. sanggup dia buat macam tu kat aku. huh? sedih.... semasa loceng rehat berbunyi.. "kring,Kring" . '' yana, tak yah lah takut, aleenkan ada." kata aleen untuk menyedapkan perasaan hati ku ini tapi tak berjaya. tiba-tiba saiful menyampuk " yana, awak still ada saya. nanti saya protect awak ye". " sibuklah saiful, apa2 pun thankss la take care saya ye" aku membalas dengan senyuman dan senyuman di mulut si saiful semakin panjang tapi aku tak harap langsungkan saiful tu. huh?

hari paling best bertukar ngeri

hari ini semua berpusu-pusu masuk ke rumahku. terfikir dalam hati "biar aku cek nama dulu. nanti karang tak yah la susah-susah cek lagi" so aku pun pegi la cek. Aleen ada,, Aidil ada,, dan seterusnya tiba2 Asyraf tak ada.. hmm,, bagus lah kalau macam tu tapi rancangan aku musnah kalau dia tak datang. tiba-tiba masa aku duduk termenung depan pintu asyraf datang menerpa. "hoi, nah hadiah.'' dia kasi aku dgr mata kasar. huh! seram. walaubagaimana pun aku tetap senyum .. ye la kena sabar baru dapat hasil bhahaha *gelak jahat*. semasa parti dimulakan aku sudah set time untuk kenakan asyraf. nanti masa aku tiup lilin lampu akan terpadam dan ada assistant aku tolak dia masuk dalam kolam air dan yang paling menyeronokkan.. atas bumbung itu ada jeli dan jeli itu jatuh atas dia ,, hahaha.. kejamkan .. apa2pun dia lagi kejam. huh? "yana, apa yang awak termenung jauh tu, nampak suspen jw". tanpa nendengar alasan aleen . aku terus menariknya dan berbisik " aku tgh plan nk kenakan asyraf,nanti tgklah hasilnya ye,, bhahahaha" aku ketewa dgn bangga. " ehh, tak baik tau, apa2 pun teringgin jugak tgk dia tersungkur hahaha,, dia pun jahat dekat  aleen" aku mengaku dan terus memberitahu assistant aku supaya prepare awal2.. biar tak lupa dan tak gagal. sudah tiba masanya dan hati aku tak sabar nk kenakan asyraf hahaha.. "happy befday too you,, happy befday too you,, happy befday too yana ,, happy befday too you" tiba2 gelap dan semua menjerit o0W dan assistant aku tolak dia masuk dlm air dan paling best part dia kena jeli2 tu,, seluruh rumah aku bergegar kedengaran ketewa yang teramat lah teruk .. hahaha.. tapi tapi tapi,, asyraf betul2 bengang dengan aku. dia ckp "siaplah kau kat sekolah nanti .. aku sembelih buat lauk" dan dia tunjuk middle finger up. hah? takut nya nk g sekolah. hhmm,,  selepas parti aku tamat aku teringin nak cek hadiah apa yang asyraf bagi dan betapa terkejut nya aku. dia tulis yang dia ingin meminta maaf atas segala yang dah berlaku and mostly nk buat aku nangis dia kata dia suka aku. hah? apa yg aku sudah lakukan. kesian dia. dia kasi aku hadiah teddy bear comel. matilah aku kena makan dengan asyraf tu besok. "argh! tolong aku..." jerit aku sepuas hati ..... -,-

Monday, 5 December 2011

lega rasa hati -,-

Sudah hampir 1 bulan aku duduk di sekolah ini dan esok pulak adalah hari lahirku. aku sudah mengajak seluruh kelas aku termasuklah mamat bengong itu hadir ke rumah aku. haha.. walaupun aku gaduh ngan dia tapi hatiku baik. selama aku duduk sebelah dia, aku perasan dia tu pengotor jadi aku lah yang tolong bersihkan. (mangsa buli) . masa aku nak ajak dia datang befday party kat umah aku, dia ckp " serius kw ni? tak menyesal kw? hhhmm,, apa2 pun thankss ye!'' . aduh! mamat ni asyik menakutkan aku ja. "yana, nak hadiah apa?'' saiful menegurku dari belakang. " hhmm,, apa-apa pun boleh." aku jawab sambil tersenyum. "yana, esok start pukul berapa? n boleh tak klau saya bawa geng saya datang sekali. kira-kira dalam 20 lebih la" tanya akmal. "tak silap pukul 9 malam sampai 1 pagi dan ajak lah seberapa ramai pun. rumah saya besar o0w" jawab aku. meluru soalan2 ke arah ku dan aku menjawabnya dgn tenang dan aku tahu kali ini aku nak balas dendam dkt asyraf. bhahahaha *gelak kejam* . ye la asyik dia jw yang buli aku. huh? bangang betul.

Sunday, 4 December 2011

cikgu tengok tu

rimaslah aku duduk sebelah asyraf ni. first time aku duduk sebelah lelaki. orang tanya sikit pun dia buat tak tahu. huh? sombong. aku sendiri pun belum tegur dia lagi sebab dah 2 hari aku duduk sebelah dia tapi dia pun tak pernah tegur aku . memanglah dia kan anak orang beranda apalah sangat dengan aku ni. kenapalah aku benci sangat dengan mamat sebelah aku ni.harap muka saja hensem tapi hati huh? macam ngan apa. apa-apa pun aku datang sekolah nak belajar bukan macam ayraff asyik dengan lukisan dia saja. bila aku nak tengok dia tak kasi. apa ingat lawa sangat ke hah? bukan nya lawa sangat pun. hari ini ada subjek sains . aku suka sains tambah-tambah mathematic lagi aku suka. "hari ini cikgu nak buat kuiz dan kuiz ini akan kita lanjutkan sampai tahun depan jadi cikgu mahu awak semua duduk dalam kumpulan yang cikgu sudah tetapkan". semua orang bergegas pergi ke papan kenyataan dan membuat kumpulan sendiri cikgu sudah tetapkan siapa ketua kumpulan dan penolong ketua juga. aku ini malas ckt nak rebut-rebut jadi biarlah aku tunggu. tiba-tiba "ehh, saya kumpulan dengan awaklah. bagusnya." saiful menegurku. aku perasan yang dia asyik perhatikan aku macam nak makan aku saja. "o00w.. ba,bagus la macam tu." aku menjawab dengan perasaan takut dan gemetar."awak sebenarnya penolong ketua. saya cuma ahli biasa saja. apa-apa pun do the best" dia senyum pisang dekat aku. haih! macam lain saja senyuman nya dan apa aku penolong ketua. hhmm.. tak apa lah. penolong pun penolong la. "sapa ketua? dan berapa orang dalam kumpulan kita." " ketua kita asyraf sebelah awak itu. dan dalam 6 orang macam itu lah" apa? dengan asyraf. aduh kiamat dunia ini kalau aku bergabung ngan dia. "cikgu,saya nak minta tukar boleh. saya tak ingin satu kumpulan dengan perempuan yang tak suka berkerjasama itu." dia menuting jari kearah ku. apa dia sudah mengambil tindakan dahulu. kurang asam punya jantan. "saya pun tak ingin berkumpulan dengan ayraf cikgu. dia sombong lah. sudah lah pengotor. " sudah kamu berdua tolong diam. cikgu tak akan ubah-ubah lagi kumpulan ini. dan kamu berdua harus berkerjasama" cikgu memarahi kami. tanpa rasa bersalah aku lari duduk tempat ku itu. " yana sabarlah. lagi pun asyraf tu baik orangnya cuma.. cuma.. dia tu belum biasa lagi ngan yana kott.'' nasihat  Aleen kepadaku. "awak jawab pun tidak confident, tambah lah saya. huh? apa-apa pun saya tak nak berkawan dengan mamat poyo itu''
semasa di dalam bilik sains aku langsung tak tegur asyraf walaupun aku ini memang minat sains dan ingin kumpulan aku menang tapi asyraf hanya goyang kaki saja. huh? ingat aku ni bibik kau ke asyraf. aku suruh lah si asyraf ambilkan buku aku tapi dia tak peduli dan berkata " ambil lah sendiri. awak ada tangan ada kaki kan". tak apa nanti aku balas balik apa yang asyraf dah buat selama ini jadi aku bangun lah ingin mengambil buku tiba-tiba "bamm" aku terjatuh kesakitan. rupa-rupa asyraf menghalang aku lalu aku jatuhlah. "cikgu tengok asyraf ini. dia yang buat saya jatuh''. ''padanlah muka awak. lain kali jalan guna mata.. hahaha" dia ketewa tanpa rasa bersalah langsung. " asyraf tak elok kamu buat liyana macam itu. sekarang awak minta maaf dekat liyana sekarang". dia tiada pilihan kerana guru displin berdiri betul-betul dihadapan pintu bilik sains dan berkata "sorry, lain kali aku bagi awak tersembam terus ya. biar terselak sikit" dia membalas dan seluruh kelas aku ketawa terbahak-bahak. aku betul-betul malu dan hari itu hari paling malang buatku. " cikgu tengok tu"