hari ini aku memberanikan diri aku tegur Asyraf. aku takut dia marah akulah. kali ini aku terpaksa biarlah dia nak marah pun dan bila aku nampak dia letak beg aku cepat-2 aku tegur dia "Asyraf, aku nak tanya satu hal boleh?" . dia tak jawab dan terus pergi tanpa memandang aku . adakah setakat ini saja perbualan aku ngan Asyraf sbenarnya tidak. Asyraf letak sepucuk surat di laci meja aku. mula-2 nya aku tak tahu siapa yang kasi tapi yang pasti seorang yang aku kenal. .....
Dear Ilyana,
maaf atas kejadian semalam. sebenarnya aku tak tahu dan tak berniat nak buat macam itu. aku sudah bagitahu mereka yang aku tak marah kat kau dah tapi mereka berdegil nak jugak gaduh. sebenarnya aku tak tahu pula yang kau ni manis mulut. bhahahaha.. aku memang garang tapi hati baik. apa-apa pun nanti kita borak dekat subway seberang sekolah nanti biar aku yang bayar.
dari musuh ketat mu, Asyraf
aku agak terkejut pabila aku baca surat itu dan pabila aku memandang Asyraf dia mula tersenyum. hah? apa adakah ini serius dia betul-betul suka kat aku. tiba-tiba aku rasa macam nafas aku berhenti sebentar bila saiful merampas kertas di tangan aku dan terus membacanya. Aku rasa Asyraf nampak apa yang Saiful buat mesti dia marah. "awak ada hubungan sulit dengan Asyraf ke?" tanya saiful dan aku betul-betul terkedu dan aku tahu sekejap lagi mesti cerita ini akan jadi gosip terbesar di kelas aku atau pun seluruh sekolah ini. aku tahu mesti saiful jeles sbb selama ini saiful memang meminati aku tapi aku tak mempedulikan dia. saiful terus pergi ke arah Asyraf dan bertanya " kau ada hubungan sulit dengan Ilyana ehh? baca ini." dia tunjuk surat yang baru saiful Asyraf tulis itu dan dia sendiri tidak tahu mahu kata apa. aku mesti cari idea sblum semua ini menjadi lagi rumit. "saiful, awak ni memandai saja lah. dia sebenarnya minta maaf kat saya. kan sudah tertulis di atas surat itu." aku menjawab soalan yang saiful asyik tanya. "apa lah kau ni kecoh je lah. tu pun kau nak bising kan. aku tahulah kau jeles pun sapa suruh kau tak ambil tindakan dulu." jawab Asyraf pula. " lepas itu kenapa sampai ada jumpa sana jumpa sini hah? cakap saja lah yang awak berdua ini dating." jawab saiful dan suaranya semakin kuat. aku tahu aku sudah tarik perhatian semua orang di kelas aku. "Saiful, sbenarnya Asyraf ajak saya g subway sbb nk tebus kesalahan dia saja. itu saja
boleh tak awak jangan besar-besarkan perkara remeh." aku membalas. " kau ni menyibuklah . suka hati aku lah nak ajak dia pergi mana pun. kau bukan bapak dia pun" jawab Asyraf dengan kasar . aku tahu mesti Asyraf bengang gila dengan Saiful. "kau tahu apa hah?" . " korang jangan lah bergaduh!" aku menjerit tapi mereka tak mempedulikan aku . aku tahu seluruh kelas aku sudah tertumpu ke arah kami dan yang paling aku malu mereka bertengkar pasal aku tapi di sudut hati aku terasa bangga bila ada lelaki menyukai aku sampai berebut-rebut. . bhahaha.. "aku tahulah kau jeles pun sapa suruh kau tak ambil tindakan dulu. biar padan lah muka." Asyraf menolak saiful dan keadaan semakin ketat. "asal tolak-tolak hah? kau ingat tak sakit ke?" saiful ingin menolak Asyraf tapi saiful pulak yang tersebam ke lantai kerana Asyraf ke tepi. "sudah-sudah lah tu.korang macam budak-budak. nanti cikgu datanglah. yang saiful pun satu kenapa lah awak nak kecoh pasal hal kecil ni" aku menjerit sekali lagi. aku ingat kan keadaan semakin reda tapi semakin teruk pabila saiful ingin menumbuk asyraf tapi aysraf mengelak. " harap muka saja hansem tapi otak kecik. kalau kau nak lawan ngan orang yang belajar tekwando dua tahun kau kena mahir dulu" cakap asyraf dengan bangganya tapi saiful tetap tak ingin mengaku kalah. dia mengambil batu besar di atas lantai dan baling kearah asyraf tapi asyraf mengelak dan terkena kepala aku. kepala aku berlumuran darah dan aku ini pantang tengok darah aku terus jatuh dan aku pengsan. sebelum aku pengsan aku terdengar asyraf cakap "Aleen pergi panggil cikgu displin biar saiful kena balasannya" dan aleen keluar untuk mencari cikgu displin dan aku terus pengsan tak sedar diri tapi aku tahu saiful tak bermaksud nak buat begitu rasanya lah.


woah , real story ? great .
ReplyDelete