WARNING!

sebelum korang baca blog ni... biar ak explain satu hal.. klau nk baca cite ni.. sila baca dari awal dan terus klik dkt tepi kanan BLOG ARCHIVE ye,,,n bermula dari bawah sekali,,,

Sunday, 4 December 2011

cikgu tengok tu

rimaslah aku duduk sebelah asyraf ni. first time aku duduk sebelah lelaki. orang tanya sikit pun dia buat tak tahu. huh? sombong. aku sendiri pun belum tegur dia lagi sebab dah 2 hari aku duduk sebelah dia tapi dia pun tak pernah tegur aku . memanglah dia kan anak orang beranda apalah sangat dengan aku ni. kenapalah aku benci sangat dengan mamat sebelah aku ni.harap muka saja hensem tapi hati huh? macam ngan apa. apa-apa pun aku datang sekolah nak belajar bukan macam ayraff asyik dengan lukisan dia saja. bila aku nak tengok dia tak kasi. apa ingat lawa sangat ke hah? bukan nya lawa sangat pun. hari ini ada subjek sains . aku suka sains tambah-tambah mathematic lagi aku suka. "hari ini cikgu nak buat kuiz dan kuiz ini akan kita lanjutkan sampai tahun depan jadi cikgu mahu awak semua duduk dalam kumpulan yang cikgu sudah tetapkan". semua orang bergegas pergi ke papan kenyataan dan membuat kumpulan sendiri cikgu sudah tetapkan siapa ketua kumpulan dan penolong ketua juga. aku ini malas ckt nak rebut-rebut jadi biarlah aku tunggu. tiba-tiba "ehh, saya kumpulan dengan awaklah. bagusnya." saiful menegurku. aku perasan yang dia asyik perhatikan aku macam nak makan aku saja. "o00w.. ba,bagus la macam tu." aku menjawab dengan perasaan takut dan gemetar."awak sebenarnya penolong ketua. saya cuma ahli biasa saja. apa-apa pun do the best" dia senyum pisang dekat aku. haih! macam lain saja senyuman nya dan apa aku penolong ketua. hhmm.. tak apa lah. penolong pun penolong la. "sapa ketua? dan berapa orang dalam kumpulan kita." " ketua kita asyraf sebelah awak itu. dan dalam 6 orang macam itu lah" apa? dengan asyraf. aduh kiamat dunia ini kalau aku bergabung ngan dia. "cikgu,saya nak minta tukar boleh. saya tak ingin satu kumpulan dengan perempuan yang tak suka berkerjasama itu." dia menuting jari kearah ku. apa dia sudah mengambil tindakan dahulu. kurang asam punya jantan. "saya pun tak ingin berkumpulan dengan ayraf cikgu. dia sombong lah. sudah lah pengotor. " sudah kamu berdua tolong diam. cikgu tak akan ubah-ubah lagi kumpulan ini. dan kamu berdua harus berkerjasama" cikgu memarahi kami. tanpa rasa bersalah aku lari duduk tempat ku itu. " yana sabarlah. lagi pun asyraf tu baik orangnya cuma.. cuma.. dia tu belum biasa lagi ngan yana kott.'' nasihat  Aleen kepadaku. "awak jawab pun tidak confident, tambah lah saya. huh? apa-apa pun saya tak nak berkawan dengan mamat poyo itu''
semasa di dalam bilik sains aku langsung tak tegur asyraf walaupun aku ini memang minat sains dan ingin kumpulan aku menang tapi asyraf hanya goyang kaki saja. huh? ingat aku ni bibik kau ke asyraf. aku suruh lah si asyraf ambilkan buku aku tapi dia tak peduli dan berkata " ambil lah sendiri. awak ada tangan ada kaki kan". tak apa nanti aku balas balik apa yang asyraf dah buat selama ini jadi aku bangun lah ingin mengambil buku tiba-tiba "bamm" aku terjatuh kesakitan. rupa-rupa asyraf menghalang aku lalu aku jatuhlah. "cikgu tengok asyraf ini. dia yang buat saya jatuh''. ''padanlah muka awak. lain kali jalan guna mata.. hahaha" dia ketewa tanpa rasa bersalah langsung. " asyraf tak elok kamu buat liyana macam itu. sekarang awak minta maaf dekat liyana sekarang". dia tiada pilihan kerana guru displin berdiri betul-betul dihadapan pintu bilik sains dan berkata "sorry, lain kali aku bagi awak tersembam terus ya. biar terselak sikit" dia membalas dan seluruh kelas aku ketawa terbahak-bahak. aku betul-betul malu dan hari itu hari paling malang buatku. " cikgu tengok tu"

No comments:

Post a Comment